Monday, December 16, 2013

Belajar

Aku belajar erti menerima
Menerima yang mana aku hilang seseorang yang paling berharga
Dia takkan pernah muncul lagi
Baik waktu aku celik atau cuma tinggal nama
Ya aku sedang terima
Untuk lupakan semua yang pernah aku lalui bersama dia

Friday, May 10, 2013

Saat Aku Yang Kau Pilih

Nyanyian hati
Gemanya besar bukan tanda sunyi
Iramanya hati
Lagunya bukan canggung untuk didengari

Bukan lagi rahsia
Saat mata bersinar namun berkaca
Kalaupun hanya diam seribu bahasa
Senyumnya mekar penggati kata-kata

Duduknya masih lagi bersimpuh
Dibalik tabir kamar labuh
Saat orang tua masih berbisik
Namun dia tahu itu yang terbaik

Itu rasa pemilik hati
Saat aku yang kau pilih
Meski bukan rasa kini
Saat kasih kau telah beralih

Thursday, May 9, 2013

Dibahagi


Digigit semut
Dihurung semut
Bersama keluarganya
Bersama kawanannya

Apa salahnya semut?
Menumpang hanya sedikit
Lebih sedikit dari secubit
Berbanding
Besarnya nikmat rezeki
Yang kadang-kadang kau baziri

Semut bermasalah?
Kau yang punya masalah

Kufur nikmat
Tak pernah berbahagi
Rezeki yang melimpah tak terperi
Yang selalu kau bilang dengan jari?
Yang selalau kau risau hilang dari peti besi?

Dengki?
Yang lain juga mahu berbahagi rezeki?
Sedangkan kau juga boleh tumpang sekaki
Iri?

Takkan kaya kau dimakan dek iri dan dengki
Kau perlu ketahui

Itu penyakit hati